Khamis, 28 November 2013

Kencing sang kucing

Pada petang tadi, saya singgah ke kedai runcit untuk membeli aiskrim. Konon- kononya untuk menghadiahkan diri sendiri, setelah pada tengah harinya jawab ujian. Bolehlah jawabnya walaupun tak semua soalan mampu saya jawab. Dan keluarnya dari kedai, saya lihat seekor kucing (yang pada mulanya saya tegur sebelum masuk ke kedai), kencing di motor saya. Iya, kencing lah weh. Mujur bukan di tempat duduk, cuma di tempat letak kaki. Eh ni motor automatik tau. Jadi, betulkan kembali imaginasi anda.

Dalam saat saya berbaju kurung, saya fikir biarlah saya tunggang motor ni pulang ke rumah dulu. Dan selesaikan hal ini kemudian. Namun, peristiwa kucing yang kencing ini sebenarnya disaksi oleh 'abang- abang' yang sedap duduk minum teh tarik (mungkin) di kedai mamak. Saya tinggalkan motor tu tadi di hadapan kedai mamak yang terletak bersebelahan dengan kedai runcit.

Maka, disuruhlah saya untuk mengambil gayung dari tandas kedai mamak dan menjiruskan ke tempat kencing tadi. Bukan setakat gayung, baldi pun saya angkut sekali! Bila saya pulang ke rumah, saya pun telefonlah abang untuk bercerita tentang peristiwa itu. Nama pun penunggang amatur. Dan dia asyik gelakkan saya di dalam telefon. Mungkin dia juga 'memadankan' muka saya yang cuma suka main dengan kucing di rumah tapi hal- hal buang tahi pasir kucing, saya buat bodoh saja. Mungkinkah ini balasannya? Hurm.

Tapi bila diingatkan kembali, waktu saya kemalangan kecil pada semester tiga dahulu pun, dia gelakkan juga. Tapi mungkin gelak itu rasa sedikit bersalah dan mungkin bagi hint, "Hah, kau pun rasa yang aku kena dulu". Mungkinlah, mungkinlah kot. Maka, baliknya saya ke rumah itu untuk sumbatkan baju kurung ke dalam baldi (kerana khuatir tercemar dengan kencing si kucing) dan bertukar persalinan. Lalu, keluarlah saya untuk pergi membasuh motor. Dalam pada waktu jam 6 petang, dengan tiada terik matahari dan juga ketiadaan alat, saya pergilah ke kedai membasuh kereta (yang juga membasuh motor). Ok lah, itu alasan lebih. Saya mana reti basuh motor. 

Dan saya pun pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Yada yada yada. Pukul 8 lebih malam, saya mencangkunglah sekejap di bilik air untuk membasuh secara manual. Menggunakan tangan.Alangkah bahagianya bila dah settle semua. Siap basuh sandal tu woots! Ingat senang ke hah saya nak buat menda ini semua.

Rupa- rupanya bila disibukkan dengan perkara- perkara yang tak terjangka ini, saya sebenarnya sudah terlupa akan kepenatan, kesedihan dan mempersoalkan kenapa kenapa dalam menghadapi kehidupan akademik. Rupa- rupanya, kawan saya masih berfikir, dan sedih (dan mungkin kecewa) tatkala saya sedang bergembira melayan perkara hal kencing kucing itu.

Maka sesungguhnya, kita tidak tahu sama ada ini nikmat atau musibah. Tapi kita tetap berbaik sangka kepada Allah.*Ini quote from unknown ya. 

Ingat lagi apa yang saya lakukan sebelum peristiwa kencing sang kucing? Saya beli aiskrim. Dan aiskrim itu dapat saya nikmati selepas pulang dari membasuh motor. 

Oh ya, saya rasa kucing tu cuba menanda kawasan dengan kencing di motor saya. Mungkin dia tak mahu kucing lain mengorat saya kot. Ahak! Teori haprak di situ.

Sebelum habis, marilah saya perkenalkan anda semua dengan seseorang:


Bolehkah seseorang boleh digunakan untuk seekor kucing? Hurm apa- apalah. Ini namanya Cantik. Cause she's so beautiful (obviously lah kan aduh). Ini salah satu kucing yang ada di kawasan flat kami. Ke hadapan Cantik, moga kencing dan berak di kawasan yang sepatutnya. Semoga cukup makan dan juga tidur.

Initipati tulisan ini sebenarnya nak ajak amilah bersyukur sikit sebab boleh lupakan masalah dan keluh kesah buat seketika. Ok lah bye.

Selasa, 26 November 2013

Generasi Y- that's me!

Guruku pernah berkata bahawa generasi kini (iaitu generasi aku dan seangkatan) merupakan generasi yang kurang sabar dan mahukan sesuatu dengan cepat. Mereka tidak pernah untuk meluangkan masa untuk melakukan sesuatu dengan susah- payah. Semua mahu makan suap sahaja. 

Contoh yang paling senang, dalam mencari ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Kalau tak tahu jawapan untuk assignment, google sahaja. Kalau nak tahu maksud perkataan atau mahu menterjemah ayat, Google Translate kan ada. Tidak seperti generasi terdahulu, mereka sanggup menghabiskan masa di perpustakaan. Buku bertimbun untuk buat rujukan dalam assignement. Kita rilek je kan. Duduk hadap laptop, klik sana klik sini. Dah. Yang lagi haprak, copy paste ayat tu bulat- bulat.

Sebab tu lah, generasi kita manja lagaknya. Nak dapat apa- apa pun senang dan pantas.

Dan ada satu lagi, kita sudah tidak lagi bersifat kekitaan. Kita lebih bersifat aku- kau. Kalau lapar, cari makanan sendiri. Lantak pi orang lain. Kalau aku boleh cari makanan sendiri, kau pun buat lah sendiri. Part yang ni, boleh ketuk kepala amilah. Sebab rasa macam kutuk diri- sendiri sekarang ni. 

Lepas tu pula, kita ada disetkan minda untuk berfikir, "Apa yang aku dapat kalau aku buat ini?" Bila dah lama- lama belajar di Shah Alam, makin rasa yang sistem itu sangat menindas kita. Kalau aku pergi ceramah itu ini, dapat makanan percuma. Kita kan pelajar. Duit tak adalah banyak mana. Nak- nak hujung semester. Kalau tahu dapat makanan free, mestilah kita pergi bukan?

Kemudian, dapat pula kupon. Kupon tu kumpul banyak- banyak, ada can lah nak dapat kolej semester depan. Padahal pergi ceramah, input masuk sikit sahaja. Yang masa banyak terluang mungkin hadap smartphone dan aktif di laman sosial. 

Makanan percuma. Kupon. Aku tak kata salah perkara macam ni. Tapi, kita telah didoktrin dengan 'hadiah' berupa fizikal untuk apa yang kita lakukan. Jadi, mana niatnya untuk kita tambah ilmu? Mana niatnya untuk kita bersama memeriahkan acara- acara di kampus? 

Jadi, apa yang akan aku dapat bila aku buat sekian sekian?

Dah lah, cakap macam kena dekat diri sendiri. Oklah, bai korang :(



13 juta ringgit malaysia

Cik Ta bakal berkahwin dengan tajaan RM 13juta. Peh peh. Kalau bagi aku RM50 ribu daripada jumlah sebanyak tu, cukup dah aku nak beli Proton Saga secara tunai wei. Bolehlah juga guna duit lebih untuk bayar cukai jalan dan insurans kereta. RM50 ribu tu kira tak luak mana lah kan daripada RM 13juta tu. Itu kata aku lah.

Bagaimana dengan kawan aku?
Dia kata, baiklah dia guna untuk bayar PTPTN.
Aah, betul juga. Lagilah perlunya duit itu untuk membayar hutang.

Sedih kan. Dalam tengah- tengah belajar dan tak bekerja lagi, dah memang dihempap dengan hutang. Bukan seribu dua ribu ringgit tetapi lebih lebih RM 25,000. Bukannya kita yang mahu berhutang, tapi inilah caranya untuk survive dalam hidup kerana belajar. Bukannya lepas SPM, kita ada hasrat untuk berhutang. Tapi, hutang itu datang dengan sendirinya 'memaksa' kita untuk 'melanggannya'.

Murahnyalah nilai duit kalau jumlah RM 13juta itu digunakan semata- mata untuk majlis perkahwinan. Bukanku tujukan kepada Cik Ta tapi kepada pihak- pihak penaja. Murahnyalah harga duit itu pada mata kalian.

Jadi apa lagi alasannya untuk aku tidak bersyukur dan kedekut untuk berkongsi rezeki, sekiranya ada orang sekeliling aku yang sudah diikat dengan hutang manakala aku tidak? :')



Petrosains, KLCC

Ingat rombongan budak sekolah je ke yang datang sini? 
Kami pun datang juga. Dan sifat kanak- kanak mula muncul sedikit demi sedikit ketika kami berada di sini. Dah la hampir setiap hari belajar pasal duit di kampus, tiba- tiba serap ilmu sains pula kat sini. Alhamdulillah, ilmu kat bumi ini begitu banyak cabangnya yang boleh kita teroka.

Jumaat, 15 November 2013

Aku tengah patah hati ni. Sikit lah. Tapi malangnya, bagi kesan juga. Jadi, aku makan burger sambil cari hiburan di laptop. Ini kira macam pura- pura sibuk lah kan.

Harap- harap akan okay dalam masa sekejap lagi. Jangan risau, patah hati sebelum bermula, merupakan patah hati yang tak berapa nak sakit. Itupun belum tentu lagi alasan yang konkrit untuk patah hati itu.

Ok lah, saudara ini mahu mengundurkan diri dulu. Nanti kita kongsi lagi gambar yang menarik okay?