Jumaat, 26 April 2013

Kenapa perlu benci Buletin Utama?

Hai. Ada ramai antara kita yang tak suka, dan mungkin menyumpah- nyumpah dengan Buletin Utama, TV3. Katanya, terlalu bias. Yang di pihak pembangkang itu, semuanya buruk belaka. Kalau boleh, nak hentam habis belaka! Tapi, dalam tak suka itu, saya harap, golongan ini bukanlah golongan yang sama, menonton Buletin Utama pada setiap malam.

Yelah. Dah kata tak suka, yang pergi tengok lagi apasal?

Ayat atas ni, macam harsh pula. Dush dush.

Okaylah. Kerana TV3 ini stesen televisyen swastalah, makanya dia berhak untuk menjadi bias. Kerna apa? Kerna pelanggan selalunya betul. Customers always right. Pernah dengar ungkapan itu? Maka kiranya, mungkinlah pihak parti pemerintah itu yang menjadi pelanggan TV3. Maka, sebab itulah Buletin Utama sering kali 'memuji' pihak pemerintah. 'Membelasah' pihak pembangkang.

Kita, sebagai orang berniaga, seringnya melakukan kerja untuk memuaskan pelanggan. Kerana pelanggan itulah bos kita. Kalau berjual makanan, makanan itu haruslah sedap mengikut cita rasa pelanggan yang disasarkan. Kerana TV3 ini perniagaannya lebih kepada perkhidmatan, maka perkhidmatan 'memuji' dan bias itulah yang perlu kita terima pada setiap jam 8 malam. Kerana pelanggan yang membayarnya.

Datang mana pula pelanggan kalau di media eletronik ini? Lihatlah pada iklan- iklan. Itulah pelanggan mereka. Maka, kiranya kita tahu siapa pelanggan mereka kalau dilihat pada iklan 'terima kasih malaysia', lagu pergi mengundi dan pelbagai lagi. 

Maka, kiranya (sekali lagi, ehem) kita tidak boleh lagilah menyalahkan Buletin Utama, terutama lagi kalau ia begitu berlawanan dengan ideologi politik kita.Lebih- lebih lagi, bila dilihat pihak pembangkang agak kukuh di pihak media alternatif. 

Kalau tak suka, tutup. Kalau tak puas hati dengan kenyataan satu pihak, carilah fakta di media alternatif. Cuma satu sajalah, bak kata nenek saya, "kesian dekat orang kampung yang tak tahu apa- apa". Perlu pula bergantung pada media besar seperti TV3 pula. Aih.


Rabu, 3 April 2013

Ke hadapan Srikandi

Ke hadapan Cik Srikandi,



Saya ini seorang yang mencari. Sejak dahulu lagi, saya membaca tulisan saudari. Di blog. Sehingga saya pernah berangan nak jadi ahli sejarah. Nak pergi korek galian semua itulah. Blog ini menjadi saksi okay. Cuba tekan link ini. Sehinggalah saya terlupa akan tulisan saudari bila hanyut dalam kehidupan. Dan kini, saya terjumpa lagi tulisan saudari dalam buku Makan Dalam. Buku itu memang power. Sesiapa yang baca entri ini, patut ambil tahu tentang buku ini. Setakat ini, itu adalah antara buku alternatif yang paling aku suka!

Berbalik kepada saudari Srikandi, kiranya saudari ini begitulah sulit untuk diketahui siapakah gerangannya. Maka, kini saya merasa ragu- ragu. Berdasarkan pemikiran kritikal, saya tahu saya tidak boleh ikut membabi- buta. (Dalam politik pun sama yaw!) Walaupun artikel saudari begitu menarik (hoh yelah. Melaka as in Parameswara dan Sultan Mahmud begitu klise. Srikandi bercerita lebih daripada itu kepada kita tentang Melayu) tapi saya masih was- was.

Sudikah kiranya, saya ingin bertemu dengan saudari? Ingin sekali saya melihat sumber- sumber rujukan dan kisah lain tentang sejarah Melayu. 

Oh ya, blog itu telah di-private-kan atas kesulitan tertentu. Mungkin.