Isnin, 22 Oktober 2012

Suami dan isteri

Semalam, hari minggu. Biasalah kalau naik bas awam dari Kuala Lumpur ke Shah Alam. Membeli tiket pun beratur panjang (atau berebut) dan dalam bas berdiri, berhimpit.

Tapi sungguh, ajaib, subhanallah. Aku berdiri di sebelah pasangan yang bertuah dapat duduk. Aku kira mereka ini suami isteri. Si lelaki berkemeja kotak- kotak. Si perempuan berbaju kurung dan selendang coklat polos.

Dan kau tahu apa, mereka berborak dengan bahasa isyarat. Rupa- rupanya si isteri itu bisu orangnya.

Sungguh, dari luaran mereka nampak macam kita, macam biasa. Namun, kekurangan itu umpama tidak mencacatkan mereka. Borak mereka 'meriah'! Berborak, main jelir- jelir lidah. Sehingga ada sekali itu, si suami bergurau dan sang isteri geram sambil cubit- cubit manja. Aku pula, macam biasa, si penyibuk yang asyik- asyik ingin menoleh ke arah mereka.

Aduh asyiknya! Kekurangan itu langsung tak halang mereka untuk terus bergembira.

Dan ada sekali itu, bas pasangkan lagu. Dan si suami alihkan lirik lagu itu dalam bahasa isyarat. Mungkin kerana sang isteri nampak penumpang lain nampak excited bila mendengar lagu itu. Kau tahu itu lagu apa? Lagu 1 Malaysia. *Kita satu bangsa kita satu negara. Kita satu matlamat oohhhhh*

Dalam sunyi, mereka bising. Dan aku rasa meriah mereka ini kadang- kadang mengalahkan kita yang normal. Moga meriah sehingga akhir hayat!

Tahun 2022, mungkin

Untuk ke berapa kali entah, kau tegaskan lagi yang kau ingin berkahwin pada usia 30. Kali ini kau katakan di alam nyata, muka ke muka. Bukan lagi di medan susur masa.

Sampai aku sendiri terfikir. Adakah kau mahu aku:
A) untuk halau kau kuat- kuat dari hati ini. Mungkin ini tandanya.
Atau
B) tunggu kau dalam sepuluh tahun ini.

Hahahahhahahaha. Silly me! Macam mana aku boleh terfikir sampai tahap ni. Maafkan aku!

Rabu, 10 Oktober 2012

Nasihat kepada diri #1

Andai diri mahu dihormati, hormatilah kehendak diri sendiri.
Andai diri mahu orang sekeliling menghormati masa, kau yang patut tepati masa dulu.
Andai mahu orang buat kerja, kau yang patut siapkan dulu! Tak kisahlah kau nak guna masa kau macam mana, tapi kau patut siap kerja lagi awal daripada orang lain.

Fikir amilah fikir, andai mahu kemahuan diri dipenuhi, kau patut mulakannya dahulu. :')

Isnin, 8 Oktober 2012

Pengakuan seorang kawan. Ampun, masuk dalam prengzone sudah!

Andai ada entri- entri sebelum ini yang agak cheesy, ketahuilah, ianya kerna kamu. Kamu yang melekat dalam hati dan aku tak pandai halau dari hati ini! 

Kita jauh beratus kilometer. Kita jauh berjam-jam perjalanan. Kita bukan berhubung secara langsung berhari- hari. Tiada panggilan. Tiada teks pesanan. Malah, aku rasa, lepas ni dah tak ada borak- borak bodoh pasal lawan main teka- teki. Mahupun main- main reply mesej berupa smiley saja. Hm, kadang- kadang rasa macam hanyut juga bila macam tu. Mungkin berdiam diri itu kadang- kadang lebih baik.

Dulu, ada suatu masa, bila kita ingin berkongsi rahsia, aku fikir aku akan patah hati. Tapi tak patah hati pun. Sebab rahsia itu jauh daripada apa yang aku sangka! Rasa lega pun ada. Ah ah apa nih. Menyampah! Dan lepas tu, tiba- tiba dapat jawapan dalam kenangan dulu- dulu. 

Dan kenapa, dari luaran,aku layan kau biasa- biasa saja? Sebab perangai kaulah. Layan kasar pun boleh jadi sangat selesa. Perangai serius tak romantik. Entah apa- apa perangai masing- masing. Apa entah romantik tu. Tapi aku pernah jumpa seorang mamat ni. Dia cakap slow je. Rasa macam kena duduk dekat, kena tumpukan pendengaran sebab nak dengar apa dia cakap. Macam tulah kot romantik. Wahai gadis- gadis, pernah tak jumpa lelaki yang bersuara romantis gitu? ahaks. 

Dan aku tak tahu cara senyuman kau, cara lepak, cara apa entah sebab kita jarang jumpa. Dahla jarang jumpa, jarang berhubung secara langsung, dan jarang apa lagi dah. Tapi masalahnya, macam mana kau boleh lekat dalam hati aku ni? Damn.

Dan kalau kau baca ni, dan kau rasa lelaki itu adalah diri kau, tolonglah buat- buat chill je okay? Kalau terkejut dengan pengakuan ini, tolonglah hm jangan reject terang- terangan. Reject secara senyap pun tak boleh. Sebab aku dah pernah rasa patah hati. Dan sakit itu sangat mendalam. Jadi, apa yang kau boleh buat? Kau doalah lepas sembahyang, mahupun lepas waktu azan, bahawa aku akan ditenangkan hati dan tiba- tiba berjumpa dengan lelaki yang tiba- tiba muncul dalam hidup. Dan tiba- tiba dunia aku berbunga. Tapi kau jangan doa aku pergi dating apa kejadah pula ya. Tak maulah kalau macam tu.

Dan apa- apa saja yang mengingatkan aku pada kau, mengingatkan aku pada kau. Er, pernyataan yang agak bengong di situ. 

Berapa lama lagi kau nak lekat dalam hati ni woi??

Bacc, Bahagian tiga, 2012.

Assalamualaikum. Apa khabar cikesah di Kuala Lipis? Awak singgah lagi tak di sini? Kenapa awak deactivate facebook awak? Dah la awak tak lagi tulis di blog. Dah la saya tak aktif Instagram. I iz sad. Tadi saya baca kad raya yang awak kirim berbulan lepas. Tiba- tiba saya teringat pada awak. 

Esok adalah permulaan untuk minggu kelima semester tiga. Hm. Semester yang setakat ni, paling tertekan dalam sudut akademik. Subjek ni susah. Subjek tu tak faham. Subjek ni, kena belajar sendiri. Subjek tu pensyarah ajar laju sangat. Pensyarah ambil dengan serius sekali pasal pembentangan. Dalam kelas asyik tertidur.Buku banyak, bahu sakit. Amboi, banyaknya keluhan.

Padahal, ada subjek yang seronok belajar. Dapat balik pensyarah semester lepas, yang kita begitu selesa dengan cara pengajarannya. Kelas sekarang di menara. Dapat bersenam dengan panjat tangga. Ahahaha. Ya, kita perlu optimis sekali walaupun kena panjat tangga sampai tingkat sebelas. Sebab lif sentiasa penuh! Aahahaha. 

Mari optimis lagi. Beg berat sebab banyak buku? Tak apa, sakit itu bakal digantikan dengan pahala. Kata mahu belajar kan *masih teringat kata- kata ustazah 5 tahun lepas pasal beg berat kerna bawa buku banyak* Eh jap, ustazah nilah yang tegur aku tertidur dalam kelas dia dulu! Hm, ni jelah yang terkantoi. Percayalah, aku susah nak tidur masa dekat sekolah dulu dalam kelas!



Maka, bila sudah tidak tertahan dengan bebanan yang banyak secara mendadak untuk semester tiga ini, maka aku pun mengadulah kepada emak. Macam biasa, mak pasti akan ungkit kembali sebab aku yang beria nak ambil bidang perakaunan. Aku dah dengar tu banyak kali dah! Tapi betul juga. Dulu, aku ambil akaun masa matrikulasi sebab aku nak lari dari subjek sains. Takkan aku nak lari lagi bila jumpa cabaran macam ni? Nak lari mana lagi milah oi?

Lepas tu, mak berkata lagi. Hm tak ingatlah susunan katanya. Tapi, mak cakap lebih kurang macam ni. Biasalah, ambil sains pun susah. Ambil medic pun susah. 

Jadi, apalah yang nak dihairankan si amilah kalau semester ni susah? Chill lah weh milah. 

Memegang dunia atau dipegang dunia? Yang kuat bertangguh, itu aku. Yang ego itu aku. Yang takut nak tegur orang sebab takut kena marah, itu aku. Yang pentingkan diri sendiri, itu aku. Yang lali dengan dunia, itu aku. Yang hanyut dengan nafsu, itu aku. Maka ampunilah aku, ya Tuhan. Hm adeh. 

Oh ya, kalau minum tu, minumlah dengan tangan kanan. Sebab kalau guna tangan kiri sahaja, kita dah ikut perangai sang syaitan. Hadis Nabi saw, "Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri" (Riwayat Muslim)  Kalau rasa tangan kanan tu kotor, maka kita pegang gelas dengan tangan kiri. Lepas tu, letak pula tangan kanan di belakang tangan kiri untuk menyokongnya. Andai salah, moga tolong betulkan aku ya!