Jumaat, 27 April 2012

Imaginasi rasa milo II


(4 tahun kemudian)

Aku masih sukakan milo. Milo sudah jadi hidangan sarapan sebelum ke kelas. Dari zaman matrikulasi, hinggalah sudah ambil degree. Kalau dulu, aku merungut dengan milo kurang manis. Sekarang, aku sudah sebati dengannya. Minum milo pagi- pagi. Buat girang ini hati.

Walaupun sebenarnya aku tak pass lagi bancuh milo. Mana pula aku dapat kegirangan daripada milo ni? Mestilah beli air kotak milo. Buat stok banyak- banyak :)

Sejak stok air milo habis, aku beralih pada roti milo. Sedap, ringkas dan cepat. Roti tak habis lagi kunyah, pintu rumah sudah dibuka dan berlari- larian pula aku nak kejar bas. Dengan lebihan roti di tangan. Makan dalam bas. Buat muka kebal kalau orang ambil endah *tak malu*

Bagi perempuan yang dimensi cintanya sudah berubah selepas 4 tahun, aku cuma boleh katakan: Jaga solat dan biar solat jaga kita, jaga nafsu. Kalau solat sudah dijaga, tak usah depan imam, pak lebai mahupun dengan orang yang warak, kita malu berpimpin tangan, hatta depan Allah pun kita malu. Untuk usia muda ini, yakni sebelum nikah, kita tak perlukan lagi semua ini kan. 

Oh ya, dan cinta juga tak jadi apa- apa kalau tiada yang berterus- terang. Dan aku selalu terperangkap dalam situasi ini. Urgh

ps. Milo ais cuma jadi pilihan kedua di kedai makan selepas limau ais. hikhik.
pps. Jarak antara kita yang sentiasa dijarakkan Tuhan ini rahmatkah? 






3 ulasan:

Asy Faro berkata...

haah.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amilah Muhammad berkata...

apa yang aah tu? :)