Jumaat, 27 April 2012

Imaginasi rasa milo

Tulisan pada 2008. hikhik

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


korang pernah rasa tak air milo kotak
yang tulis kat depan tu KURANG MANIS?
kalau tak pernah jumpa.. sila cek di kedai2 dan tengok2 dalam peti sejuk kat kedai tu
mula- mula kita sangat teruja dapat beli milo ini
masa mula- mula minum tu.. rasa seronok
tapi tiba- tiba rasa lain macam
eh.. pehal milo ni tak macam biasa
rupa- rupanya milo kurang manis
menyesal aku beli
tapi kita minum jugak
perlahan-lahan
minum sampai habis
sebab tak nak membazir
lagipun.. milo kan favourite kita
last2.. bila dah habis
kita rasa kenyang
alhamdulilah.. ada rezeki

macam tu lah.. aku rasa untuk cinta
bila hati ada rasa cinta
kita bercinta perlahan- lahan
walaupun ada rasa pahit masamnya
selalu rasa gaduh
walaupun masing- masing silap faham
tapi gaduh itulah yang membuatkan kita makin faham
kalau kau rasa date, ciuman dan pelukan tu penambah rasa cinta
sori.. aku hanya milo kurang manis
kalau kau rasa aku sakitkan hati kau banyak kali
sori.. aku hanya milo kurang manis
tapi milo kurang manis ni lah.. yang buat aku sabar
yang akhirnya puas kerana aku sudah kenyang

mesti dah biasa kan
kalau ada event sukan ke, pertandingan mewarna ke apa
mesti ada lori milo
pastu ada pakcik tolong isi air milo dalam cup
masa tu semua nak
sampai berebut- rebut
dahla sejuk kan
manis.. sedap untuk diminum
dalam sibuk- sibuk minum sambil berjalan
tiba- tiba air milo tu tumpah
habis tudung, baju kena air milo
kalau pakai baju putih lagila.. boleh nampak kesan tumpah tu wat malu je
tapi lagi malu kalau minum sambil berjalan
sedap sangat kan
lepas tu, tiba- tiba langgar orang
habis tumpah..
dia kena.. kita pun kena
salah siapa?
salah diri sendiri kan

cinta pun aku rasa macam itu
masa tu suka sangat
siapa yang tak suka
ada peneman siang dan malam
ada peneman hati kita
tapi kadang2 kita silap
memang dia manis
macam milo tadi
tapi lama- lama kita puas
tapi lama- lama kita dah jemu
kita gelojoh sangat dengan dia
mungkin rasa pegang2 tangan tu biasa sahaja
tapi cuba kau jalan depan imam ke
atau depan budak alim yang kau tahu dia tu alim
atau depan parents
mesti terus lepas tangan kan
lepas tu buat muka selamba
kau ingat orang lain tak kisah
tapi dalam hati.. respek dah hilang
dalam lain cerita..
kau beria sangat dengan cinta itu
memang kecah la
tapi tiba- tiba putus
lepas tu.. semua orang kecah tanya
rasa macam sakit hati je nak jawab

tapi aku nak cinta yang lain
yang dapat varies-kan apa itu milo
yang kita boleh dapat
milo ais
coklat milo
milo yang ice blended yang boleh dibeli di pasar malam
milo ais tabur
roti milo
atau bijirin milo
masa ni seronok sangat
macam- macam milo dapat rasa
tak bosan
tak streotaip macam biasa

aku nak juga macam ni
yang tak jemu
aku nak kamu dalam cinta ni
tapi kau gelojoh
aku tak nak jadi macam air milo yang manis
tapi tumpah ke baju
dan lepas itu menyumpah- nyumpah dekat milo tu sendiri
tapi sebenarnya salah sendiri
tak gitu?

aku mahu cinta
tapi masa depan nanti
di mana aku dapat kumpul macam- macam milo
bukan sekarang
sebab aku tak mahu gelojoh
faham bukan


Tiada ulasan: