Jumaat, 30 Disember 2011

Mari main- main dengan juzuk dan muka surat dalam al-quran!

Jom tarik al-quran, letakkan di hadapan anda sekarang.

Satu cara yang mudah untuk cari muka surat dalam al-quran. Contohlah kita mau cari juzuk ke-5.
Mula- mula tolak dengan 1. 
5-1=4
Kemudian darab dengan 2.
4x2=8
Kemudian letakkan nombor 2 selepas jawapan akhir tadi.
= ms 82
Ambil al-quran anda dan selak muka surat 82, tadaaa... juzuk 5 bermula!

Juzuk 16 pula ya.
16-1= 15
15x2=30
Letakkan nombor 2 di belakang jawapan.
= ms 302.
Tada... jumpa pun dalam al-quran!

Aku cuba dalam al-quran tafsir aku. Harap- harap jumpa juga dalam al-quran anda. Mari- marilah sama mengungkapkan subhanallah :)

- taken from facebook. hihi

Khamis, 29 Disember 2011

Fiksyen 302


   Aku Noorhafiza Izura. Aku peguam bijak, licik. Aku pandai pegang Seksyen 302. Dan aku mungkin sombong, well aku kan peguam terkenal. Suatu hari, firma aku terima cek RM20k. Untuk wakili suspek pembunuhan. Dia Lan Lani. Dia bunuh mangsa. Bunuh dengan gantung. Seolah hukuman gantung mandatori. Dan ukir nombor 302 di dahi mangsa. Dan dia serah diri di tempat kejadian tanpa seurat benang, ergh.

Aku terima kes itu. Tapi selepas aku jalankan, jadi peguamnya. Aku dapati Lan Lani gila, sakit mental. Dia kata Zonan yang bunuh, bukan dia. Zonan itu roh jahat tidak berjasad. Mukanya tidak berwajah. Kau bayangkan saja dia bertopeng putih. Cuma nampak kedua matanya saja. Tapi dalam masa terdekat, makin ramai yang jadi mangsa. Sungguhpun bukan Lan Lani yang bunuh, tapi mangsa- mangsa merupakan berkait antara satu sama lain. Semuanya diconteng nombor 302 di dahi. Dan semuanya kunci kepada kes pumbunuhan beberapa tahun lalu. Mayat Zarina Mustapha yang masih kabur pembunuh sebenarnya.

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Ja'ah. Semua itu yang bunuh kunci kepada pembunuhan Zarina Mustapha. Dan mereka kembali ke hospital mental. Tapi aku, Noorhafiza Izura pula yang dikejar Zonan. Aku resah. Mengapa pula aku yang dicari? Aku sangkakan Zonan cuma roh yang ganggu minda manusia. Rupanya dia realiti. 

Sehinggalah pada suatu malam, dia ceroboh rumah aku. Mata pisau sudah terhunus pada tubuhku. Sehingga pada saat sakaratulmaut, aku cabut topeng putihnya. Dan aku temui yang pemilik wajah itu sebenarnya... 

p/s: Novel ini memang pandai buat helah. Dan aku memang puas hati sebab aku dapat kejutan di akhir cerita. Dan Fiksyen 302 memang buat aku teringat akan CSI. Jom tepuk tangan sikit kepada penulis novel ini (^.^)Y

p/s: Jangan percaya! Sungguhpun ada saja realiti negara,masyarakat, komuniti,  mungkin ada khabar angin yang tak perlu kita percaya sungguhpun ramai yang mengiyakan. 

Khamis, 22 Disember 2011

Arakiannya, pada suatu petang, aku membentangkan tajuk pendidikan seks akibat pembuangan bayi yang berleluasa di negara kita. Dalam kumpulan. Dalam subjek titas.  Pujian yang diterima untuk pembentangan dalam kelas lain sebelum ini tak menjamin aku untuk tidak berdebar, nervous dalam membuat presentation di hadapan kelas. Dan juga tidak menjamin ke'best'an dan kemantapan dalam membuat pembentangan tajuk ini. 

Sehinggalah pada suatu slide, begini ayatnya: 


Maka bertanyalah kawan- kawan, apakah maksud point ketiga itu?
Aku menjawab, "Contohlah, boyfriend kita minta buat seks dengan kita, so kita cakaplah tak boleh". Dan pada waktu itu, ustaz tembak
 "Tapi sebenarnya boleh ke ada perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin?"
 dan apa entah lagi, aku pun tak ingat.

Maka terkedulah sari untuk menjawab soalan. Susah juga ya untuk memberi respond ketika bercakap dan menulis. Bercakap ni lebih kepada spontan kan.

Maka, jawapanku dalam bentuk tulisan...
" kat sini dah jadi norm untuk bercouple- couple. Orang kan selalu hanyut dalam kebiasaan satu komuniti kan. Gayut dengan boyfriend, aku dah lali tengok dari dulu. Ada orang untuk bermesra- mesraan, luah perasaan dan memasang harapan. Kadang- kadang hati memang terasa nak ke level sana, tapi aku lagi suka jatuh hati, dan dia terus bersedia ke stage bertunang dan kahwin terus. Aku tak kisah tiada pelamin untuk bertunang. Aku tak kisah hantaran tak berbelas ribu. Aku cuma ingin teman berborak yang best. Aku nak layan keluarga dia macam keluarga aku, tanpa rasa kekok. Aku nak buang sifat narcissism bila kongsi hidup dengan dia. Aku nak dia tu peramah sebab aku jenis pendiam. Aku nak dia jaga aku tanpa rasa konkongan sebab dia percayakan aku. Dan ustaz, saya nak lari dari tipikal dalam komuniti sini. Dan saya harap, saya tak perlu jawab 'tidak, belum lagi' kepada mana- mana lelaki" :)

p/s: Lagipun mana boleh sampai level sana, sebab tiada yang berani approach kat Sari pun *peace*



Khamis, 15 Disember 2011

Cik Beah yang awesome!



Cik Beah yang awesome!

Apa aku nakbuat selepas degree nanti

Wahai Tuhan yang mahu tahu apa yang telah, tengah, dan akan berlaku dalam sekalian alam, pada umat Islam, pada Malaysia, pada insan yang kukenal dekat mahupun jauh, pada keluarga aku dan perempuan ini, mudahkanlah urusan kami. 

Salah satu cita- cita aku agar aku tak hanyut dan masih dalam track yang sama :)

Eh kahwin? :>


Sabtu, 10 Disember 2011

Teater Asrar 2


Arakiannya, muncullah pada suatu tempat, seorang lelaki bernama Sulaiman. Memakai songkok, berkemeja. Kemeja nampak lusuh. Begitu juga seliparnya. Nampak zuhud. Dalam kelas, lisannya lantang berbicara tentang agama. Hadis demi hadis dikemukakan untuk menegakkan agama. Mulutnya petah berbicara tentang pemimpin yang tak patut dipatuhi arahannya jika itu bertentangan dengan arahan Tuhan sekalian alam. Namun, dia harus mengangguk saja bila ditegur pensyarahnya supaya ambil saja iktibar buku teks. Silibus saja yang akan keluar dalam peperiksaan nanti.

Kerana kelantangannya, maka datanglah seorang teman meminta pertolongan. Bagaimana caranya untuk teman ini mahu berubah menjadi lebih baik. Dia pun memberi pandangan. Memberi pinjam buku agama agar masalah dapat diselesaikan. Menjadi orang tengah dalam perbalahan temannya tadi. Semuanya dia. Dialah yang paling protagonis.

Namun begitu, Sulaiman tak banyak pengalaman. Sulaiman tak banyak belajar daripada pelbagai karenah manusia di muka bumi. Dia kurang kawan. Dan mungkin dia kantoi bila berdepan dengan munafik yang bertopengkan kawan. Maka jatuhlah Sulaiman. Hatinya mati bila terdengar fitnah. Maka dipukulnya teman yang sesal di awal cerita tadi (sehingga mati).

Sulaiman arif tentang hadis. Aku tidak. Tapi Sulaiman jatuh di pertengahan jalan. Aku? Masihkah dapat bertahan sehingga ke hujungnya?

"Badan itu barang binasa. Roh itu selama-lamanya. Maka bebaskan roh itu daripada badan binasa"- Pementasan Teater Asrar 2

p/s: Sulaiman itu watak pembantu cuma. Maka masih banyak yang boleh diceritakan tentang watak utamanya. Eh apa nama dia? Jayed? Daripada nama Zaid eh? Eh Jade! Tiba- tiba teringat Rooftop Rant :)

Isnin, 5 Disember 2011

marah yang tiada guna jika memancarkan juga pada orang lain yang tak bersalah


Remuk. Nangis. Kalau. Sayu. Geram. Sakit hati.

Semua ini ada hari ini. Air mata tak habis- habis mengalir. Sampai semua tempias pada orang lain. Sampai semua kesyukuran dah lari entah ke mana dalam diri. Sampai semua amarah dan muka masam terpantul di cermin.

Sari, kena ingat. Bila orang tegur kita, kita balas dengan penuh senyuman ya. Bukan ala kadar.

Sari, kena ingat. Muka biar senyum. Jangan pancar masam tu.

Sari, kena ingat. Jangan biar mak korban semua. Sambut mak baik- baik katanya. Jangan biar mak susah hati. Jangan paling muka daripada mak barpun sebenarnya marah pada orang lain.

Hari Isnin memang penuh dengan ajaran pada hari ini ya. Moga aku juga belajar hari ini.

p/s: Semalam aku lihat satu lelaki, satu perempuan dan kanak- kanak perempuan. Aku assume mereka satu keluarga. Menjamu makan malam. Dan si perempuan itu muka masam. Mereka tidak bermesra. Kalah dengan couple (mungkin) yang berpaut pada lengan masing- masing yang aku lihat sebelum itu. Aku asyik menghakimi, asyik bertanya pada diri sendiri. Dan akhirnya, malam ini, aku bertukar watak. Menjadi perempuan itu. Cepat sungguh Tuhan ajar aku kan. Tak sampai 24 jam daripada view semalam yang lihat :')