Ahad, 29 Mei 2011

Sekurang- kurangnya senyum saja

Biarkan sahaja kalau hati tiba- tiba tidak senang dengan orang lain
kerana...

Bila kita rasa orang itu sombong, mungkin kita pernah sombong dengan orang lain
Bila kita rasa dia sakitkan hati kita tanpa sebab, mungkin kita juga pernah buat begitu kepada orang lain
Bila kita rasa orang itu kerek, mungkin kita juga kerek dengan orang lain
Bila kita menyampah dengan dia, ramai lagi yang menyampah dengan kita.

Biarkan sahaja kalau ada orang lain yang berbuat begini kepada kita. Jangan biarkan krisis melanda lama- lama dalam diri. Sebab rasa tidak senang/meluat/benci kepada orang lain itu tidak ke mana.Oh ya, kalau boleh, jangan luahkan kepada orang lain juga kerana kita berisiko tinggi dalam menghasut atau menyebar virus negatif kepada orang ramai!

Yang penting,buat tak layan sahaja dan buat bodoh. Berikan sahaja kebaikan (atau senyuman sekurang- kurangnya) buat mereka. InsyaAllah, kebaikan akan datang bertubi- tubi kepada kita.

Senyum sikit Sari!

:D

Rabu, 18 Mei 2011

jawapan untuk kakakSarah

ada apa dengan cinta adalah filem faveretku. sejak darjah empat. Tapi bila aku meningkat usia, dan meningkat matang, aku dapat menilai apa yang ada pada AADC yang boleh aku gah berbanding filem- filem lain.

Kau dihidangkan dengan dua manusia yang begitu banyak beza tapi boleh berkait perasaan atas satu persamaan. Cinta itu daripada keluarga yang menyayangi, ada geng, boyfriend yang aku rasa banggalah kalau ada dia kan, dan hrmm mungkin sanjungan ramai (?). Oh ya, ada peminat juga. Rangga (itu nama watak nicholas saputra kalau kau tak tahu) itu loner. Dia tak bergaul dengan orang ramai, tak suka orang menyibuk hal dia (boleh tengok babak di mana Cinta approach dia untuk temuramah) dan cuma hidup berdua dengan ayahnya. Saat Cinta dan teman lelakinya menaiki kereta di bandar, Rangga cuma melintas jalan raya yang sibuk gila itu dan menaiki bas awam.

Prinsip mereka juga berbeza. Tatkala Cinta mementingkan rakan- rakannya dalam hidup (hampir setiap aktiviti dilakukan bersama), Rangga tuduh bahawa perempuan itu tiada prinsip.

Titik persamaan; buku! Buku AKU yang dibawa oleh Rangga ke mana- mana saja itu mencuri perhatian Cinta. Akhirnya perbualan 5 minit berkisar buku itu membawa perhubungan mereka lebih jauh. Sehinggalah Cinta terlupa janjinya (di mana babak itu berputar pada minit- minit pertama dalam filem ini) kepada rakan karibnya. Ironi. Kerana dia pernah berjanji untuk ada apabila Alya memerlukan (boleh cakap hidup dia misery dengan masalah keluarga), Cinta sanggup berbohong semata- mata untuk date dengan Rangga. Sehinggalah satu kejadian berlaku dan ...

Aku suka dengan quote ini, "Masalah salah satu di antara kita, adalah masalah kita semua. Musuh salah satu di antara kita, adalah musuh kita semua" sebab mulut kita boleh saja berbicara tentang janji- janji manis, tapi dapatkah kita memenuhi janji ini apabila diperlukan? Bila Cinta alpa, dia lupa janji ini untuk Alya. Tapi lain untuk gengnya. Tika Cinta gila menghadapi masalah, gengnya muncul menanggung beban masalahnya. Boleh conclude yang semua orang melakukan kesilapan dan persahabatan untuk selamanya!

Sori, banyak berceloteh. Dan bagi spoil banyak! Selamat menonton ^.^




Selasa, 3 Mei 2011

cakap dengan diri sendiri

Baru saja habis baca halaman 72 'Contengan Jalanan'; Hlovate dah aci redah nak tulis. Bukan apa, terfikir juga kan. Hidup kita dah complete ke? Maksud aku, hidup aku. Rasa juga ada lubang sana sini jiwa aku. Apa yang aku buat tiap-tiap hari pun benda sama.

Membaca. Online. Buka facebook. Youtube-ing. Tidur. Makan. Goreng ayam. Oh ya, tonton tv juga!

Kau tak rasa ke perlu buat sesuatu yang bermakna dalam hidup? Aku tahu kau suka baca. Buku tu boleh bawa kau terbang sana sini tanpa berganjak pun dari sofa. Tapi cukup ke?

*Penulis merupakan penganggur yang bakal duduk rumah senang- lenang secara rasmi hampir 5 bulan sehingga september nanti.

Nak kata belajar jadi suri rumah (anak dara berjaya ftw!), kau reti masak telur mata kerbau je. Nak kata cari pengalaman, kau bukan kerja.
Nak kata kau dalami agama, kau aci redah je cari ilmu Tuhan kan.

I really need a start fresh. Macam air strawberry yang sedap tu. Sangat sangat perlukan!


Isnin, 2 Mei 2011

Jaja & Din

Jaja & Din. oleh Noor Suraya.

Tak tahu nak start dari mana sebenarnya. Dari Afghanistan kot. Aku tak tahulah tapi buku yang aku baca berturut- turut ni ada kaitan antara satu sama lain. Baca 'Allah is Calling' garapan Zainudin Hashim ada mengisahkan tentang Afghanistan. baruku tahu yang Afghanistan tu kuat! Mana tak kuat kalau Afghanistan dapat mengalahkan Soviet Union. Sehingga tinggal kecil sahaja menjadi negara Rusia itu. Mikhail Gorbachev, Presiden Soviet Union pernah cakap yang tenteranya boleh lenyapkan negara Afghanistan dalam masa 2 minggu sahaja. Gila ah kan. Punyalah pandang kerdil. Er, sebenarnya saya pun macam tu. Kita kan boleh memandai- mandai dan perasan pandai untuk apa yang kita tak tahu! Soviet Union kan kuat. Yang hantar angkasawan pertama ke bulan pun Soviet Union (dan bukannya US.hehe). Tapi, perang tu memakan masa 10 tahun. Wow, betapa kuatnya 80,000 tentera Afghanistan melawan 620,000 tentera Soviet. Umpama 313 muslimin menentang 900-1000 Quraisy ketika perang Badar.

Lepas itu, aku baca 'A thousand splendid suns'. Tulisan Khaled Hosseini, penulis The Kite Runner. Buku ini aku beli beberapa bulan lepas. Tahun 2010 punya cerita. Nasib baik dapat juga dikhatamnya buku ini. Kisah 2 wanita Afghanistan di tanah air mereka. Cerita dia macam berlatar belakangkan kisah politik di Afghan. Afghan ni bukan macam kita. Mereka selalu bertukar corak kepimpinan. Komunis lah mujahidin lah. Pastu Taliban pula kuasai. Dan nak tak nak hidup diorang ni sebenarnya berlandaskan politik lah kan. Tapi aku tak pandai nak kupas novel ni. Tapi yang pasti bestlah. Korang google lah kalau nak tahu. Hamba minta maaf..


Jaja & Din. Kisahnya di mana Jaja jatuh hati pandang pertama pada seorang lelaki. Jatuh hati dengan gambar lelaki itu. Boleh pula bertahun dia simpan cinta yang sama. Cuma berjumpa 3 detik pertemuan, Jaja ambil keputusan untuk menyuruh ibu bapanya meminang! Tak macam kisah lain yang ceritanya sampai di gerbang perkahwinan, cerita Jaja dan Din baru bermula selepas mereka berkahwin. Jaja ni orangnya sempoi, dah biasa hidup senang (dan kaya), tiba- tiba hidup berdua dengan ustaz Din yang mahu mengamalkan hidup zuhud. Bolehkah Jaja? Jaja pun mesti jawab boleh sebab Jaja sayang Din!

Lepas tu, Jaja ni macam bercerita dengan pembaca tau. Aku dapat rasakan tau. Mungkin sebab ustaz Din suka bercerita pada Jaja sebelum tidur. Ataupun sebab Jaja ni memang banyak bercakap!

Oh ya, apa kaitan Jaja & Din dengan Afghanistan? Sebenarnya Din ni ingin berjihad di medan perang Afghanstan. Tapi sanggupkah Jaja ditinggalkan? Tapi Jaja kan sayang Din!

Lepas tu, aku ni kalau baca novel/ filem mesti nak tengok happy ending. Macam pelik je kalau- kalau hero mati di tengah jalan. Sampai dalam cerita ni, hati aku menjerit. Takde ke keajaiban dalam cerita ni? Tapi tiba- tiba aku jadi redha sebab Jaja redha dengan ketentuan Tuhan. Nak tahu apa jadi pada Jaja selepas itu? Bacalah. hehe. Tapi jangan buka halaman belakang. Jaja dah bagi warning awal- awal :D

p/s: Tulisan itu menunjukkan pemikiran penulisnya. Dan aku tak waswas lagi untuk mengatakan penulis ini sangat kuat membaca. Sangatsangat!

pp/s: Cerita Uncle Aqmar dengan Aunty Lida tergantung macam tu saja ke? Nak juga tahu kenapa mereka berpisah? *sedih