Isnin, 13 Ogos 2012

Sekarang ni cuaca panas

Pada suatu siang, macam biasalah aku ikut si ibu ni keluar ke pekan. Suasananya, mak aih. Panas terik. Panas. Mulalah mengantuk. Dan akhirnya, aku balik terbongkang atas katil.

Jadi, bagaimanalah ya? 
Buruh- buruh yag bekerja di siang hari? Abang- abang akak- akak yang buka gerai di bazar Ramadhan seawal jam tiga petang? Nak pulak gerai hadap matahari? Bagaimana pula mekanik- mekanik yang bengkelnya menghadap matahari?

Mesti penat kan? Kesian. Bulan puasa pula tu.

Maka, mogalah Allah memurahkan dan memberkati rezeki kalian di bumi ini. Bukannya kerja saja- saja kan. Mahu mencari sesuap nasi untuk ahli keluarga juga di rumah. Salam tabik daripada saya :3

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kata I

Kadang- kadang rasa suka itu tak perlu diterjermah dengan kata- kata tapi cukup dengan bahasa badan saja.

(Kami the Movie, 2008)

p.s. Tapi selalunya orang luar saja yang nampak rasa 'suka' itu. Tak gitu?

Kisah si tua


Sungguh Tuhan itu Maha Adil. Itulah apa yang ustaz aku selalu tegaskan dalam kelas. Ustaz mana yang katakan itu pun aku sudah lupa. Ustaz ketika di matrikulasi kah ataupun ustaz ketika aku belajar di semester satu di Uitm ini. Ceritanya Cuma satu. Tapi bisa jadi iktibar.

Cuba kau lihat orang gila di tepi jalan. Biasa tengok kan? Berjalan melilau. Rambut kusut masai. Baju rabak. Kencing di khalayak ramai. Sampah jadi makanan. Tapi, perut mereka tak sakit kan? Kalau dilihat pada kita pula, makan makanan basi sikit sudah boleh buat kita ke tandas berulang kali. Betapa adilnya Tuhan itu kerana atas ‘kegilaan’ mereka, mereka dikurniakan dengan sistem imunisasi yang kukuh dalam menjaga badan mereka.

Makanya pada suatu petang, aku bertemu dengan seorang tua. Kecil sungguh badannya. Tapi aku tetap tertawan kerana kecomelan wajahnya. Mungkin umur sudah menjangkau tujuh puluhan. Andainya pada waktu itu aku sudah tertawan, mungkin kecantikannya lebih terserlah lima puluh tahun sebelum ini. Kau tahu apa cerita dengan si tua ini?

Nyanyuk.
Sedikit pekak.

Pada waktu itu bulan puasa. Dia bertanya sama ada kami ini; tetamu, sudah dijamah air ataupun belum pada petang itu.

Dia cuma mampu menilik wajah (dan mungkin tersenyum) kepada  perempuan di hadapannya bila ditanyakan siapa perempuan itu. Perempuan itu adalah anaknya. Oh!

Andai dia tidak mendengar apa yang kita katakan, harus saja kita jerit di telinganya berulang kali sehinggalah dia dengar dan faham.

Cuma sedikit sebanyak saja yang mampu diingati oleh si tua ini.

Tapi, Allah itu maha Adil bukan? Si tua ini langsung tidak perlukan ubat. Badannya sihat. Tidak seperti generasi datuk nenek lain yang perlukan bergelen ubat. Dan kalimat inilah yang aku dengar pada petang itu. Bahawasanya Allah itu Maha Adil.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar-Rahman; 55:13


Ahad, 29 Julai 2012

Diari cuti sem

Maafkan saya buku. Beria saya beli banyak gila buku tapi bukan semua habis baca pun. Dah la malas buat review. Adeh. Maafkan saya, leka benar diri ini mengisi masa lapang dengan perkara lain. Tapi kira kau orang ni adalah bau- bau bacang. Bawah nama karya, seni atau apa-apalah jugak kan. Boleh la nak kata yang hampir tiap- tiap hari lah layan filem. Boleh tahan juga eh.

Tapi sangat seronok sebenarnya bila dapat tengok macam- macam perspektif dalam filem. Rupa- rupanya, tak adalah filem cinta tu memang 100% berkisarkan cinta.Nampak sangat budak ni dulunya tipikal nak- nak dalam filem Hindustan. 

Tak nak snetuhlah pasal cinta. Meh tengok dari sudut lain.

1. Dil Hai Tumhaara (2002)
Ada cerita pasal korupsi dalam filem ni. Tak tipu. 

2. Kuch Kuch Hota Hai (1998)
Ada juga rupanya eh rakyat yang mengagung- agungkan tanah bekas penjajah walaupun dah lama merdeka. Ada ke boleh pulak nak kibarkan bendera Great Britain kat India? Mungkin kita pun ada mentaliti agungkan penjajah walaupun dah merdeka. Tak gitu?

3. Slumdog Millionaire (2008)
Perlu cerita lagi ke? Memang antara terbaik! Kisah anak jalanan yang menang Who Wants to be a Millionaire. Kebanyakan soalan yang dijawab itu, cuma berdasarkan pengalamannya di jalanan.

4.  Ada Apa Dengan Cinta (2002)
Tahun ini, ulang tahun ke-sepuluh aku membesar dengan AADC. Aku tak tahu dah berapa banyak kali aku tonton filem ni. Sampai aku boleh tengok bagaimana babak ni berkait antara satu sama lain. Kisah ni banyak betul ironi dia. Tapi tapi, inilah kot kali pertama aku nangis tengok. Cis, boleh jatuh pulak air mata ni. Buat malu je. Dah la pasal cinta. Filem yang cool sebab dia kaitkan buku. Cinta ada baca puisi Chairil Anwar kan? *cek balik* Okay, betul. Dia ada baca!

5. Ketika Cinta Bertasbih (2009)
Aku rasa cerita ni tak kemas. Babak pasal Bakso Cinta adalah perkara yang aku rasa macam tak matang langsung. Aiseh, banyak cakap pulak. Kang ada yang marah. Hihihi. Tapi oklah kan bagi yang mau inginkan kelainan dalam filem. Filem ni sampai ada dua bahagian (panjang gila) sebab memang ikut betul plot dalam novel. Kang takkan aku nak complain pulak macam cerita Ayat- ayat Cinta yang ada cacat sikit kan?

ps. Aku tengok bahagian kedua saja filem ni. hihi

6. Singh is Kinng (2008)
Aku tengok dua malam berturut- turut sebab kelakar sangat. Masa awal- awal tu, aku rasa cam bosan. Tapi makin lama, makin best pulak. Asyik gelak dan rasa nak menari. #eh

7. My Name is Khan (2010)
Kali pertama rasa macam kagum gla tengok lakonan Shah Rukh Khan. Pandainya dia berlakon jadi autistik! Dan muka aku basah sebab terharu sangat tengok nilai kemanusiaan dalam filem ni. Dan filem ini berjaya memintas Slumdog Millionaire untuk jadi filem kegemaran aku. Serius macam kagum juga dengan pengarah filem, Yash Johar. Macam wahh, macam mana dia boleh buat cerita macam ni???

"My Name is Khan and I'm not terrorist"

ps. Anda dinasihatkan agar menjaga mata untuk sesetengah babak untuk mengelakkan pahala puasa anda dicantas- cantas oleh dosa :P