Moleklah kalau kita putar kembali masa pada Julai 2014. Di dewan kuliah, Menara SAAS Shah Alam. Waktu itu, kita tengah bersidang untuk mendengar taklimat sebelum melangkah ke dunia praktikal. Kataku kepada kawan,
"Dalam sebulan lagi, kita dah tengah praktikal ni. Cepatnya masa!".
Maka, kehidupan kami sebagai pelajar tahun akhir, tahun keempat bermula di tempat yang berasingan. Di kampung halaman kami. Baru melihat bagaimana cara hidup seorang yang bekerja.
Bulan lapan.
Bulan sembilan.
Bulan sepuluh.
Bulan sebelas.
Bulan dua belas.
Tahun baru.
Aku benar- benar menyukai hidup aku yang bekerja. Aku melihat di mana potensi diri aku. Bagaimana kepercayaan bos boleh tersemat dalam diri. Bagaimana kami rakan- rakan praktikal boleh get along. Dan punya lah lama aku dapat rasa hidup di rumah setelah bertahun- tahun di shah alam.
Bulan tiga. Kami datang ke puncak alam. Tempat baru, pengalaman baru. Dengan rasa baru. Mixed feelings. Kadang- kadang aku punya tahap menyumpah.. ya rabbi. Mesti kuatkan hati. Dan Tuhan lengkapkan rasa hampeh itu dengan perasaan riang gumbira.
Bulan empat.
Bulan lima.
Bulan enam.
Bulan tujuh.
Betul ke kita akan betul- betul berpisah wahai kawan- kawan? Sungguh, sesiapa pun tidak mahu ulang tahun pengajian. Tapi sungguhkah yang kita tidak akan lagi berkongsi satu bumbung? Makan bersama, tonton tv bersama, tidur bersama, koya bersama?
Betul ke ini bukan lagi cuti semester?
Dan lengkaplah sudah putaran satu tahun. How fast time flies. Andai dipanjangkan umur, bagaimanalah kita satu tahun akan datang? Lima tahun akan datang?