Isnin, 13 Julai 2015

Betulkah yang ini benar- benar perpisahan?

Moleklah kalau kita putar kembali masa pada Julai 2014. Di dewan kuliah, Menara SAAS Shah Alam. Waktu itu, kita tengah bersidang untuk mendengar taklimat sebelum melangkah ke dunia praktikal. Kataku kepada kawan, 
"Dalam sebulan lagi, kita dah tengah praktikal ni. Cepatnya masa!".

Maka, kehidupan kami sebagai pelajar tahun akhir, tahun keempat bermula di tempat yang berasingan. Di kampung halaman kami. Baru melihat bagaimana cara hidup seorang yang bekerja. 

Bulan lapan.
Bulan sembilan.
Bulan sepuluh.
Bulan sebelas.
Bulan dua belas.
Tahun baru.

Aku benar- benar menyukai hidup aku yang bekerja. Aku melihat di mana potensi diri aku. Bagaimana kepercayaan bos boleh tersemat dalam diri. Bagaimana kami rakan- rakan praktikal boleh get along. Dan punya lah lama aku dapat rasa hidup di rumah setelah bertahun- tahun di shah alam.

Bulan tiga. Kami datang ke puncak alam. Tempat baru, pengalaman baru. Dengan rasa baru. Mixed feelings. Kadang- kadang aku punya tahap menyumpah.. ya rabbi. Mesti kuatkan hati. Dan Tuhan lengkapkan rasa hampeh itu dengan perasaan riang gumbira. 

Bulan empat.
Bulan lima.
Bulan enam.
Bulan tujuh.

Betul ke kita akan betul- betul berpisah wahai kawan- kawan? Sungguh, sesiapa pun tidak mahu ulang tahun pengajian. Tapi sungguhkah yang kita tidak akan lagi berkongsi satu bumbung? Makan bersama, tonton tv bersama, tidur bersama, koya bersama?

Betul ke ini bukan lagi cuti semester?


Dan lengkaplah sudah putaran satu tahun. How fast time flies. Andai dipanjangkan umur, bagaimanalah kita satu tahun akan datang? Lima tahun akan datang?

Aku sangatlah suka baring di bahagian tepi tilam. Tepi sekali. Kalau boleh, siap separuh badan tu sampai nak jatuh- jatuh dah. Mungkin pada suatu haritu, aku tengah baring atau meniarap dengan girangnya, maka kawan aku yang tengah solat ni mungkin geram melihat kaki aku di kaki katil.

Lalu selepas dia solat, dia pun cuba tarik aku dari katil atas dasar kegeraman. Tapi tentulah tak jatuh khann... Maka bermulalah siri cubaan untuk menjatuhkan cik amilah dari katil bila dia leka, Keh keh keh.

Maka, pada hari terakhir di Puncak Alam haritu, dia pegang kaki aku waktu aku tengah meniarap. Aku pun buat dek je lah. Bukan dia nak tarik betul- betul pun. Sekali dia nak tarik betul- betul, lalu menjeritlah aku bertubi-tubi. Nasib baik tak jatuh betul- betul woit.

Maka bermulalah perbualan kami:

"Dah aku nak tarik lah kaki kau sebab ada opportunity tadi"

"Apahal pulak, kau bukan ada pressure pun nak buat menda ni"

"Tapi aku ada incentive nak buat"

"Apa rationalization kau?"

"Lepas buat, boleh mintak maaf balik. kehkeh. Pastu, lepas ni tak boleh buat dah"
"Lagipun, aku lagi lah ada capability nak buat benda ni"

Milah was like ...
Tahniah kepada kami kerana mampu merealisasikan theory of fraud diamond dalam hidup kami. 

*status ini sengaja di-screenshot kerana terasa memori itu berharga sekali.

Betul ke yang kita benar- benar berpisah wahai kawan- kawan?

Isnin, 9 Mac 2015

Antara menda yang kelakar ialah kau sibuk buat kerja. Tiba- tiba kau rasa seperti ada orang tengah tengok kau. Bila kau toleh, dia pun sibuk- sibuk buat kerja lain. Atau kalau terkantoi, dia pun pura- pura tanya, "Sibuknya buat kerja."

Kahkah.

Selamat hari Isnin.

Sabtu, 10 Januari 2015

Konser Launching Album Nidji - King of Soundtrack





"Masa itu, umur aku 25 tahun. Nidji pun baru naik meletop- letop. Aku jadi sombong. Sombong, punya duit tapi tidak happy. Lalu seseorang, iaitu bondaku memberiku satu buku. Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata.

Nah baca ni. Kamu diberi wang banyak tapi langsung tak bersyukur.

Aku baca, langsung aku nangis. Baca Sang Pemimpi, langsung nangis."- Giring Nidji

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai, saya tidak baca pun lagi Laskar Pelangi itu. Tapi nampaknya novel ini memberi begitu kuat kesannya kepada pembaca. Saya cuma nak kongsi konsert kegemaran saya je.
Persembahan terbaik sudah tentu lagu Hidup Tanpa Cintamu minit 51:44
Menajubkan. Dengan seruling, violin, cello dan latar suara. Harmoni habis. Mantap.


Jahanam- Hasrul Rizwan

Saya baru sahaja habis membaca Jahanam ditulis oleh Hasrul Rizwan.



1. Mindfuck. Saya betul- betul mengasihi watak Jasuli sebagai satu watak yang perlu yang dikasihankan. Selaku seorang lelaki yang banyak menghabiskan masa sendirinya (jangan risau, dia tetap ada kawan lelaki sebagai member), hidupnya bagai robot bila pergi bekerja. Jatuh hati dengan seorang wanita. Jasuli, mat kilang. Duitnya yang cukup- cukup makan kini dirasakan makin tak cukup untuk buah hati sorang. Lalu ditinggalkan girlfriend setahun kemudian.

Setelah dibaca sehingga ke akhir buku, telahan saya tentang Jasuli sama sekali tidak patut dipercayai. Gila. Speechless. Tak terkata. Itu yang mampu saya gambarkan bila habisnya membaca Jahanam ini.

2. Mat Gorn (nickname HR) suka benar memberi nama untuk bunyi yang digambarkan dalam tulisannya. Keceper- keceper- keceper motor, bunyi kelepak- kelepak- kelepak, bunyi keretapi kedekang-kedekung- kedekang.

3. Mat Gorn juga ada masukkan apa yang dirasainya ketika menonton Children of Men dan sambil- sambil memberi review dan sedikit bahasa filem dalam bab 4. MacGuffin itu bukan nama orang ya kawan- kawan.

Nota: awak memang suka tonton filem secara sungguh- sungguh ya? Bersungguh betul awak cakap filem dalam buku ni. Simbol angkat ibu jari.

4. Saya sebenarnya rasa jatuh hati dalam babak- babak antara Jasuli dan Salina dalam keretapi Ekspres Rakyat itu. Itu merupakan babak yang semulajadi bagi saya antara seorang lelaki dan perempuan. Seorang penculik dan tebusan. Bagaikan semuanya berlaku begitu sahaja tanpa perlu teragak- agak, dipaksa- paksa (woi, ni baca buku ke tengok wayang?). Bagaikan kisahnya akan berakhir terus dengan happy ending selepas babak di keretapi.

5. "So... saya tak boleh nak berak la sebab tak ada rokok."
    ' ...rokok dan usus adalah rakan yang akrab ketika bersama dan bersatu padu demi menujahkan tahi keluar dari dubur'- ms 201

Maka saya terus teringatkan puntung rokok yang saya lihat di pejabat ketika awal- awal latihan praktikal dulu. Oooo mungkinkah? Erk. Okay fikir positif jap. Mungkin masa tu, officemate tak jumpa bekas puntung rokok dia kot lepas sebulan berpuasa. Ahah

6. Oh ya kepada yang masih belum tahu buku ini tentang apa, buku ini tentang kisah Jasuli yang rompak kedai emas dan bank. 

7. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam novel ini, tidak hanya membawa maksud sebagai pelengkap cerita. Malah, menjadi penggerak dalam novel ini. Seperti Hantu Tiga Beranak yang dijumpai Jasuli saban malam di jalan yang snuyi. Dan juga surat/risalah yang diterima Tamin saban minggu.

8. Eh jap [spoiler alert], sekiranya kisah dalam Jahanam ini ditulis sendiri oleh Jasuli demi membalas dendam, jadi macam mana Adam dan Akhil boleh muncul dalam rompakan bank? Iya, kembaq hensem dalam Murtad muncul lagi! Ada bahagian yang aku tertinggal ke dalam Murtad mahupun Tuhan? Aku masih tak fahammmmmmmmmm

9. Lelaki- lelaki dalam novel ini juga begitu memuja perempuan yang dikatanya sebagai bidadari turun dari syurga. Amboiii jangan nakal sangat naaa cakap pasal tubuh wanita ni. Rotan kang hihi,

Tak menyesal baca buku ni. Bahagia. Dan masih rasa mindfucked. Iya, salah satu genre dalam buku ini ialah mindfuck. Baru tadi tahu dari website fixi. Betul, serius.



Jumaat, 2 Januari 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

[Review versi haprak sikit]

Korang kena baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tulisan HAMKA. Serius best! Dah la tulisan tahun 1938,  tapi idea dia menongkas arus. Relevan sampai sekarang.

Relevan untuk lebih jangka masa lebih 75 tahun. Gila!

"Apabila perkahwinan diikat dengan harta dan kecantikan, bila hilang satu nikmat antara keduanya, maka pergaulan antara keduanya akan terancam"- ayat yang diolah balik oleh amilah. thank you.

"Banyak orang besar- besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu dia ambil jalan lain, dia maju dalam politik, dalam mengarang syair, dalam mengarang buku, dalam perjuangan hidup, sehingga dia naik ke atas puncak yang tinggi, yang perempuan itu wajib melihatnya dengan menengadah dari bawah. Dengan itu, biarlah hatinya sendiri hancur dalam kekecewaan yang pertama, maka orang banyaklah yan mengambil hasilnya" 

Pastu baca lah juga, bait- bait ayat dalam bab 16. Panjang sangat kalau aku nak tulis.

Dah la baca novel, pastu sambung pula tengok filem dia. Kekuatan Herjunot Ali dalam filem ni bukan atas gaya lakonan dia, tapi bila kita dengar latar suara dia pada permulaan cerita. Peh. Pastu melayan pulak lagu- lagu Nidji dalam filem ni. Layan habis.

Sampai aku boleh jadi lagha. Ish.


Tahukah kamu kekuatan buku ni di mana? Pada gaya bahasa yang membuai- buai itu. Itulah yang membuai- buai hati kamu, bisa menjadi lembut. Bisa membuat kamu seolah- olah mahu juga berkata dalam bahasa indonesia klasik!


Maaf kerana tidak menulis mengikut arus musim. Seperti mana di facebook dan twitter, orang tulis, share dan retweet bertalu- talu sebagai respond untuk musim ini.

Mari sedekahkan al-fatihah untuk mangsa banjir di malaysia, dan mangsa yang terkorban dalam nahas Air Asia QZ8501.

Kerana aku cuma pandai merasa, aku cuma merasa sebak, sakit dan hampir menitiskan air mata. Tapi aku tak mampu jejakkan kaki aku untuk membantu mereka menggunakan masa dan tenagaku. Aduh pedihnya.