[Review versi haprak sikit]
Korang kena baca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tulisan HAMKA. Serius best! Dah la tulisan tahun 1938, tapi idea dia menongkas arus. Relevan sampai sekarang.
Relevan untuk lebih jangka masa lebih 75 tahun. Gila!
"Apabila perkahwinan diikat dengan harta dan kecantikan, bila hilang satu nikmat antara keduanya, maka pergaulan antara keduanya akan terancam"- ayat yang diolah balik oleh amilah. thank you.
"Banyak orang besar- besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu dia ambil jalan lain, dia maju dalam politik, dalam mengarang syair, dalam mengarang buku, dalam perjuangan hidup, sehingga dia naik ke atas puncak yang tinggi, yang perempuan itu wajib melihatnya dengan menengadah dari bawah. Dengan itu, biarlah hatinya sendiri hancur dalam kekecewaan yang pertama, maka orang banyaklah yan mengambil hasilnya"
Pastu baca lah juga, bait- bait ayat dalam bab 16. Panjang sangat kalau aku nak tulis.
Dah la baca novel, pastu sambung pula tengok filem dia. Kekuatan Herjunot Ali dalam filem ni bukan atas gaya lakonan dia, tapi bila kita dengar latar suara dia pada permulaan cerita. Peh. Pastu melayan pulak lagu- lagu Nidji dalam filem ni. Layan habis.
Sampai aku boleh jadi lagha. Ish.
Tahukah kamu kekuatan buku ni di mana? Pada gaya bahasa yang membuai- buai itu. Itulah yang membuai- buai hati kamu, bisa menjadi lembut. Bisa membuat kamu seolah- olah mahu juga berkata dalam bahasa indonesia klasik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan