Rabu, 27 April 2011

Of nasi lemak and jajan

Pada penghujung semester, saya makan nasi lemak hampir setiap hari. Alasannya mudah, saya cuma perlu melangkah 2-3 tapak untuk membeli di depan bilik sahaja. Hampir setiap hari asyik nasi lemak nasi lemak saja untuk makan malam. Sampailah satu hari, saya terfikir, nanti kolesterol naik ke sebab makan banyak sangat nasi lemak?

Bagi mereka, nasi lemak cuma satu pilihan. Pilihan yang menjimatkan poket. Aromanya. Telurnya. Sambalnya. Dan menjimatkan poket. Bagi saya, ada satu lagi sebab. Tak perlu jalan jauh!

Saya pemakan setia jajan. Kalau boleh, setiap kali pergi ke kedai, saya akan pandang jajan. Super ring, twisties, rota (!), double deckers. Apa lagi? Tapi saya tahan. Kena buat tak tahu. Nak- nak bila nak periksa. Saya memang pantang ni masa kat kolej. Awak tau tak?

Masa saya belajar kemahiran hidup semasa tingkatan tiga, saya baru faham yang burger itu hidangan lengkap. Ada roti, tomato (yay), salad, daging. Lengkaplah kan kalau ikut piramid makanan.Tapi kenapa burger akan di-ban di kantin? Tapi tak tahulah kalau info saya salah sebab saya bukan pelajar hayat.

Itu bukan kantin kalau tak jual nasi lemak setiap hari. Tolonglah. Tak banyak duit keluar kalau pilih nasi lemak. Ok, saya faham ada pilihan lain macam nasi goreng, mihun goreng, mi goreng, yadayada. Tapi kalaulah awak tahu yang dalam fikiran saya, yang terbayang cuma kanak- kanak comot, poket nipis, akan beli nasi lemak. Itu saja.

Oh ya, by the way, kenapa tak perkasakan pendidikan jasmani? Sebab ada juga scene di mana pelajar akan duduk di tepi padang. Aah. Pakai baju sukan seluar trek, tapi duduk tepi padang. Nak juga terfikir, mana pergi peluhnya kalau cuma bersaja- saja waktu pj? Atau korang nak tasik siap ada laluan lagi, baru nak praktis joging huh?

Isnin, 25 April 2011

Akibat suka letak barang merata

Slip ujian JPJ aku jumpa. Tapi slip keputusan MUET tak jumpa- jumpa lagi. Apa nak jadi dengan diri sendiri ni?

><
Sengal.

Ahad, 24 April 2011

Hai cik adik sorang. Janganlah muncung mulut tu. Tak comel. Bukan muncung mulut macam nak tangkap gambar 45 darjah dari atas tu, tapi muncung mulut sebab frust.

Frust untuk perkara yang tak sabit.

Kau tu yang tak sepatutnya menyabitkan diri dalam perkara yang tak menyabitkan kau.

Senyum sikit cik adik manis :)

Khamis, 21 April 2011

Kisah dua pasang mata

Arakian pada suatu masa sang perempuan ter-kenal dengan seorang mamat ni. Tanpa membuka mulut, mata mereka berbicara sama sendiri tatkala bertemu. Sampailah berminggu- minggu. Sang perempuan sudah lupa pantang memandang tepat pada mata lelaki. Sang perempuan sudah lupa ayat supaya menundukkan pandangan. Sang perempuan sudah pandai makan pujuk iblis.

Sehinggalah dia benar- benar ter-suka. Biar lelaki ini ada yang punya. Dia tak kisah. Kerana baginya, itu tak menggambarkan sepenuh raga lelaki itu.

Sampai satu hari sang perempuan nampak lelaki itu. Bukan berseorangan tapi berpasangan. Mesranya bagai tiada yang melihat mereka. Hati perempuan sudah retak. Tinggal sekeping hatinya. Tidak lagi bercorak bunga- bunga yang ada awan dan juga matahari serta rumput.

Yang ceritera berminggu- minggu itu kosong. Yang sentiasa paling ke belakang melihatnya adalah tipu. Yang mencarinya curi- curi itu khayal. Yang riak saja buat cool itu mungkin saja tabiat. Yang bermacam- macam itu cuma tak penting.

Sang perempuan cuba mencari rentak. Mencari sejarah di sebalik hati yang retak. Sejarah yang dibuat- buat lupa memanglah akan berulang kembali.

Kala ini, kalau ditanya soalan klise sastera, apakah kesimpulannya? Jawab hamba, jangan pandai main mata. Jangan pandai tenung mata. Kerana mata itu sebenarnya pemalu jika kena pada tempat. Resapkan dalam dada bait- bait ayat 31 surah an nur. Kerana ayat ini bukan sekadar untuk dipelajari dalam kelas saja ketika bertingkatan lima dahulu.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,..."

Tamat.

hey lelaki

apa yang kau tengok pada perempuan?
matanya?
senyumnya?
cantiknya?
otaknya?
gelaknya?

mata kau yang mencari itu?
cari apa?

matrik 10/11

Final dah habis. Aku dah graduasi dari kolej matrikulasi itu. Beban juga pikul harapan orang lain terhadap kita ni. Sekarang cuma boleh berdoa, bertawakal saja.

Matrik, saya sayang awak sangat- sangat. Sayang sangat.