Saya baru sahaja menonton talentime (2009). OK, memang saya lambat pun.
Namun masih belum melangkau 2010.
Jadi, apa yang saya suka sebenarnya tentang Talentime ni?
1. Saya suka tengok Melor pakai baju kurung. Nampak comel. Filem-filem arwah Yasmin Ahmad
memang sentiasa ada gadis memakai baju kurung. Baju kurung tu bukan lambang uniform sekolah atau baju pergi kerja kat pejabat je tau. Tapi, Yasmin Ahmad ingin tunjukkan bahawa baju kurung boleh menjadi pakaian harian. Orang kita selalu pakai baju t-shirt atau baby-t (benda sama je kan) dengan seluar jeans. tapi Yasmin Ahmad suka membawa dirinya dalam menghidupkan watak Melor dalam pemakaian baju kurung. Ada rasa kekok? Tak adalah! Nampak ayu sangat? Pakailah dengan kasut. (bukan kasut tumit tinggi). Siapa kisah?
2. Filem ini nampak sangat klasik dan elegan. Tengoklah nama watak- watak dia. Melor, Mawar, dan Melati. Anda tak mungkin jumpa watak bernama Farisha, Ellina atau Shasha.
3. Saya suka tengok mereka pakai meja dan kerusi kayu di sekolah. Sebab kat sekolah, saya pakai kerusi dan meja plastik!
4. Siapa kata orang yang beruniform baju putih kain biru atau kemeja putih seluar hijau lumut ni masih mentah? Filem ini akan pangkah pendapat anda. Hafiz masih gagah menyanyikan lagu ketika Talentime dengan berpakaian baju melayu putih dan berkopiah.Untuk ibunya. Ibunya yang baru sahaja pergi selepas berperang dengan sakit di hospital. Mahesh hanya berbicara dengan pandangan matanya. Dia mempunyai masalah pendengaran dan bercakap dengan isyarat tangan. Itu boleh menjelaskan kenapa dia terus bawa motornya dengan selamba apabila pelajar lain berdiri tegak ketika lagu Negaraku. Dan itu menjelaskan kenapa dia asyik tersenyum dan tersenyum pada babak dengan ibunya ketika disuruh mandi dan senyap apabila Melor berterima kasih kepadanya. Bapa saudaranya mati dibunuh pada malam dia sepatutnya berkahwin. Sadis. Sampai mak Mahesh ni tak dapat terima kematian adik dia. Dan satu perasaan terbongkar apabila Ganesh sempat hantar email kepada Mahesh sebelum kematian dia. Oh ya, perasaan itu juga berkait rapat dengan hati Mahesh yang sudah jatuh hati kepada Melor.
5. Filem ni juga menganjing sesetengah golongan. Mei Ling ni merupakan pembantu rumah Melor. Dan Datin Kalsom muncul sebagai watak yang takut untuk menikmati air tangan Mei Ling apabila dia datang ke rumah Melor. Sebab dia bukan Islam. Tapi Mei Ling ni sebenarnya muslim. Ditanya kenapa masih 'Mei Ling'.Jawapan dia senang saja, dia masuk Islam. Bukan masuk Melayu atau Arab. Lagipun maksud nama Mei Ling tu baik. Bunga yang cantik.
Apa- apa pun memang betul pun kan. Datin Kalsom ni contoh macam kita juga. Si Melayu tipikal.
6. Saya sentiasa suka apabila harith Iskandar bawa watak sebagai bapa yang rapat gila dengan anak- anak dia. Selalu je dia ni ada dalam filem Yasmin Ahmad. Bila ada dia, saya teringatkan Ida Nerina. Terkejut juga bila Ida Nerina muncul dalam filem ni. Tapi bukan sebagai isteri Harith Iskandar tapi Datin Kosong oops Kalsom lah :D
7. Saya suka bila Adibah Noor cakap " Berikan tepukannn".haha. Lain beb.
Terima kasih untuk filem yang indah ini, Yasmin Ahmad. Nama tidak semestinya melambangkan pegangan kita. Cinta kepada Tuhan yang Maha Esa tidak membataskan adat kita. Dalam apa jua hidup kita, solat itu tidak membataskan waktu kita bukan.Cinta kepada manusia tidak perlu dilambangkan dengan bunga atau ciuman. Hati itu yang lebih penting bukan :)
review lain:
1. ajami hashim
2. khaziminrazali
3. lizzam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan