Khamis, 27 Januari 2011

Talian hotline 90901

Tekan 1 jika anda merupakan ahli keluarga:
- Jadi saya boleh bermanja- manja dan tiba- tiba sebak bila terasa SEDIKIT.

Tekan 2 jika anda kawan saya
- kita boleh/akan borak panjang- panjang, gelak- gelak, blabla, kacau sana kacau sini

Tekan 3 jika mahukan pertolongan saya
- insyaAllah saya tolong. Pasal belajar? Jumpa di library? Mahu pinjam homework? Mahu pinjam mindmap?

Tekan 4 jika anda anonymous
- Hello?
- Awak tanya siapa saya?
- He eleh, bukan awak ke yang telefon saya dulu?
- *tekan butang merah*

Tekan 5 jika anda 'so-called-my-favourite-mr'
- "Er, hello?" *telan air liur*
- dalam hati: alamak, apa aku nak cakap ni??? (berdebar- debar)

Tekan 6 jika anda dalam list siapa-inspirasi-saya
- *telan air liur* "Err, hello?" (Dengan teragak- agak)
- Berdebar- berdebar jugak ><
- "Makan jom?"

Rabu, 26 Januari 2011

Pensyarah saya bila bersuara

Semalam...
Cikgu: Awak selalu pergi library buat apa?
Saya: Baca surat khabar.
Cikgu: o.O

Hari ini...
Cikgu A cakap, kalau nak tahu dia itu untuk kita atau tak, kita akan berdebar- debar. Kalau pandang je pun boleh berdebar- debar. Adakah ini bermaksud jantung kita lebih sensitif daripada emosi kita?

Isnin, 17 Januari 2011

azan kuat pun tak berguna kalau kau masih tidur

Sekarang, semua pun tahu bukan tentang isu memperlahan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur itu. Isu ini dipertikaikan kerana kelantangan azan.

Tapi kan... aku rasa sekuat mana pun azan tu, adakah kita (baca:muslim), boleh terbangun untuk sembahyang Subuh tepat pada waktunya? Sekuat mana pun azan, adakah muslimin masih gagah kakinya untuk melangkah bersembahyang jemaah.

Atau selimut berkulit babi itu lebih gagah terkamannya menyelimutkan kita yang enak diulit lullaby?

pasang niat, aku nak bangun sembahyang subuh pagi esok. tak kira! tak kira!
insyaAllah bangun :)

*Mungkin yang mempertikaikan patut bangga sebab dia boleh bangun ketika azan berkumandang, tapi tidak bagi muslim yang sedang krooh krooh

Ahad, 16 Januari 2011

Kitaran jatuh suka kembali lagi!

Macam biasa. Kitaran tu kembali berpusing.
Jatuh suka, suka, dan tiba- tiba hilang.

Macam biasa. Tralalala

Saya cuma ingin kawan dalam cinta. Cinta dalam kawan. Itu saja =B

MUET tips yo! (untuk orang macam kita saja)

Hari ini aku nak tulis pasal MUET. Oklah, sedikit tips daripada pelajar yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan seharian. Daripada seorang budak yang bercakap bahasa Inggeris dalam presentation di kelas sahaja selalunya. Jadi, sebenarnya memang tak layak nak tulis kat sini. Tapi tak kira tak kira! Lagipun, ini sebagai rujukan aku pada masa depan.

Sebab aku nak tulis kat sini adalah kerana aku dapat band 4. alhamdulillah. Agak tak percaya disebabkan aku tak banyak buat practice. Percayalahh, kitorang tak banyak english class semasa sem satu dulu. Balik- balik cancel. Kalau tak cancel, certain group saja pergi buat speaking dengan teacher. Yang lain, ehem- ehem, buat kerja sendirilah ok. Sebabnya, teacher aku sedang mengandung di fasa akhir. Mana larat nak jalan sana, jalan sini. Kau ingat, matrik ni kecil saja kah? (walaupun tak sebesar kolej lain. wtv). Kemudian, bersalin pulak.

Tapi, tak apalah. We have so much fun in english class now :D :D

Macam ni, MUET terbahagi kepada 4 kertas. Speaking, reading, writing and listening.

Speaking:
Ini kertas yang pertama. Kalau korang dalam sekolah atau matrik, bertuahlah sebab boleh kenal ahli kumpulan tu awal- awal. Dan aku bertuah sebab dapat sekumpulan dengan classmates aku sendiri. Masa hari speaking, ada perubahan ahli. Tapi, masih dapat classmates lagi. :D

Aku tak boleh bagi tips banyak pun sebab markah speaking aku rendah. HAHAHA

1. Be confident. Lantaklah kau sebenarnya berpura- pura ke saja tunjuk lagak ke. Yang penting, mulut anda mengeluarkan kata- kata dalam bahasa inggeris yang berkaitan dengan isu yang korang dapat.
2. Banyakkan latihan dengan ahli kumpulan. Practice makes perfect. Di samping dapat melatih mulut anda berbahasa inggeris, anda juga dapat merapatkan ukhwah antara ahli kumpulan anda.
3. Kalau tak faham soalan, baik tanya awal- awal dekat pemeriksa. Itu adalah lebih baik daripada anda cakap berjela- jela dan pemeriksa kiri kanan pandang pelik sambil hati 'what the hell is he/she talking about?'
4. Try to think in english. Speaking english with your friends, classmates and roommates. Jangan pulak perkataan 'english' je keluar dari mulut korang. "English english english." LOL

oh ya, by the way, aku dapat confidence tu bila aku pergi temuduga yang memerlukan aku cakap dalam bahasa inggeris. Lepas tu, bila masuk kelas english, aku macam "woh, fuiyoo mulut aku boleh cakap english!" >.<

Reading: Aku rasa penyelamat aku adalah hobi aku yang memang suka membaca. Sejak zaman lepas SPM, aku baca banyak (a few! ) english novels. Masuk di matrik, aku baca surat khabar bahasa inggeris pulak di pustaka.

Aku ngaku awal- awal, surat khabar yang aku akan ambil ialah Berita Harian. Kemudian baru NST atau The Star. Utusan kalau boleh, aku takkan ambil. Sebab aku cerewet (boleh terima tak?) Kalau ada orang ambil Berita Harian, aku akan ambil NST atau The Star untuk baca (lagipun diorang ada 2 copy utk engllish newspapers!). Tapi, kalau kau tengah nampak aku tengah baca BH, janganlah berdiri sebelah aku pastu buat muka sengih- sengih. Yang best tu, ada pula surat khabar atas meja. Come on guys, reading english newspapers will not make you get heart attack!

Baca banyak dalam bahasa inggeris buat kau lebih fokus, lebih faham apa yang kau baca. Kalau surat khabar tu berat sangat bagi kau, cuba baca komik atau blogger Malaysia yang menulis dalam English. Aku rasa yang itu lagi ringan, dan lebih senang nak faham.

Nak lagi? Tengok English movie dan baca subtitle dalam English jugak. Writing: Yang ni, aku tak boleh cakap apa- apa. Aku belasah je buat report =B

Listening: Paper yang paling sadis. Dan paper paling terkejut markahnya walaupun tak dapat lebih separuh pun daripada markah penuh sebab paper ini paling sakit hati =B

Korang akan diberi peluang dua kali (kan?) untuk dengar apa yang text tu cakap dan tulis jawapan. Kalau soalan minta jawapan dalam 3 perkataan je, jangan lebih limit! Kalau text tu cakap, " I want to find my cats" dan anda jawab, "I want to find my cat"; dapatlah pangkah maknanya.

Dan anda tak boleh la pulak kan nak cakap, "Eh tolong ulang balik, saya hilang fokus tadi". harharhar. Jangan sesekali tiba- tiba berangan sebab dalam 3 saat, text tu mungkin akan berkata jawapan yang diinginkan dalam soalan.

Persoalannya, bagaimana mahu menguatkan skill listening tu?
1. Tengok english series/movies/whatever without subtitle. Bagi aku, bila baca subtitle walaupun dalam english, akan memalaskan aku untuk dengar apa dia cakap. Aku akan baca je. Baca subtitle pun boleh gelak awal- awal walaupun pelakon dia tak cakap lagi part yang lawak tu. Bila kau bergantung kepada pendengaran, kau akan lebih fokus dan nak tau apa yang diorang tengah cakap tu. Oh ya, jangan terkujat pula dengan accent diorang dalam text tu :)





serius. asyik gelak je!

Konklusinya ialah cintailah bahasa inggeris. Belajar English bukan sahaja untuk MUET, tapi untuk diri sendiri juga kan. Belajarlah. Sesuaikan bahasa inggeris dalam diri anda.
Aku kat sini, hidup dalam suasana yang 'erghh, bahasa inggeris. susahnya'. (Melebih- lebih pulak. teehee). Jangan pula sampai ayat ni terkeluar dari mulut anda, "Ala, menda (pelajaran) ni memang la senang. Tapi bila tukar bahasa inggeris, memang jadi susah" Tak bestlah kalau ada mindset macam ni ok :(

Adios, niat tu penting. Kerana Allah taala :D
Kalau awak niat dari awal nak dapat band 4, insyaAllah dapat. Percayalahh. Lagipun, kalau dapat band 3 dan ke bawah, kena masuk kelas english lagi masa dekat U (tak tahulah samada semua ipta atau sesetengah sahaja).

Dan percayalah, aku sangat rendah diri pasal bahasa inggeris sebab aku pun tak power lagi. Otak masih berkira- kira bila nak translate idea dalam bahasa inggeris. Kadang- kadang dengar pun salah dengar lagi. Kita masih sedang belajar. Belajar tu takkan berhenti bukan?