Jumaat, 30 Mac 2012

Of tudung labuh

Arakiannya kita lebih cenderung untuk memakai, berkelakuan, makan dan apa- apa sahaja, selalunya dipengaruhi oleh group circle kita kan? Kalau satu geng berjalan, pakaian mesti lebih kurang kan? Dan begitulah aku pada zaman matrikulasi dulu. Pakai tudung sesingkat bahu, pakai selendang singkat yang cuba dilabuh- labuhkan dan akhirnya jatuh hati dengan tudung bawal dipin sehingga ke bawah. Masa tu, orang lain ramai pakai macam tu. Kita pun tak kekok lah kan. Terus jatuh hati dengan tudung bawal. Lepas tu, kawan- kawan upgrade lagi. Pakai stokin lengan. Dan boleh pula, pada masa tu ada jualan stokin lengan. Kita pun boronglah juga macam kawan- kawan. Kita pun pakailah juga. 


Dan kini budak perempuan ini dah berjauhan dengan kawan- kawan matrikulasi. Dia di shah alam. Yang lain di bangi,di perak dan mana- mana lagilah. Dan budak ini kembali kosong lengannya. Tiada lagi yang mencengkam lengannya itu. Bila lengan baju kurung terlondeh, mulalah dia menarik- narik lengannya ke pengelangan tangan. Tudung pin ke bawah? Zaman kesatria negara sudah berlalu. Kini disilang- silangkan saja tudung bawal itu (Masih jatuh hati dengan tudung bawal!). Mudah- mudahan cukuplah lagi syarat memakai hijab. Tidak jarang. Labuh sehingga ke dada.  

Tapi, kawan matrikulasi masih tegar dengan budaya dulu. Malah ada yang upgrade diri. Ke tudung labuh. Tak ada celanya pun kan. Malah, senyum dia masih manis dan comel dalam gambar. Kawan- kawan sekolah pun begitu. Tak gitu Aisyah? Tahap kelakar dan awesome tetap sama. Mereka tak pun berubah menjadi seorang yang dull apatah lagi memboringkan.

Kawan- kawan universiti pula lebih ajar aku menjadi perempuan yang menyayangi, menyenangi, berkongsi rasa, berkongsi hidup, mengambil berat dan belajar untuk menyenangi gembira, sedih, bersabar serta segalanya. 

Maka mampukah aku campur segala ini dan tambahkan pula aku yang hippies (perasannya!) untuk menjadi seorang Amilah? 

ps. Okay fine, amilah yang tidak cenderung kepada mainstream je lah. Ehem ehem perasannya!
pps. Kesatria negara itu satu koko yang aku join pada semester satu. Uniformnya ialah tshirt kesatria, seluar sukan, tudung putih kosong dipin ke bawah dan bertopi.

360 darjah


Pensyarah kata kita kena berfikir 360 darjah. Bukan sekadar tahu debit kredit sahaja. Kena tahu senario ekonomi sekarang. Senario bisnes. Dan macam- macam lagilah terutamanya tentang peluang temu duga dan kerja. Silap- silap, jawatan dalam bidang perakaunan tu sendiri boleh dipegang oleh ahli ekonomi. 

Itulah kata- kata pensyarah yang bergaji empatribulebih pada usia 32 tahun. Ada pengalaman kerja di RTM, UPM, Bank Negara dan kini UiTM. Kasut kerja pun, harganya hampir 10 peratus daripada gaji sebulan.

Dah tu, aku yang (bakal) graduan perakaunan ni lagu mana? Tak kisahlah kalau ada orang rasa yang beliau seperti memperkecilkan budak akaun, yang kita ni mampu ke jadi hebat? 

Persoalannya pula mampu ke aku khatam bahagian ekonomi yang dulu aku rasa boring tu? Sebagaimana aku khatam The Kite Runner, A Thousand Splendid Suns, Jaja & Din, Rooftop Rant, Versus, Bohemian, Ngeri, Laut Lebih Indah dari Bulan, Sigaraning, Langit Vanilla, Perempuan Simpanan... aduh. 

Aduh cikgu, puan buat saya rasa tercabar tapitapitapi saya tak naklah jadi 360 darjah, baca itu tengok berita ini semata- mata nak impress puan. Tak cool pun. Tapi, mampukah kita jadi hebat sebenarnya?

ps. Oh ya, tempat pertama beliau kerja tu memang sungguh ada corruption. Gaji dua bulan sekali baru dapat. Contoh dapat gaji bulan ni, untuk bulan lepas punya. Dah tu, bos tak buat pun caruman KWSP untuk dia. Ish ish. Dear government, please take care of your product okay :D

Khamis, 29 Mac 2012

Tipikal kita

Kalau dapat dukung bayi comel- comel, tangkap gambar dan upload: Cukupkah kita sebagai gaya 'ibu mithali'?
Tidak. Ia mengambil LEBIH daripada itu untuk jadi seorang ibu.

Kalau kau dah pandai masak, dah cukup ke untuk memenuhi syarat 'saya dah boleh kahwin!' ?
Tidak semestinya. It takes more than that.

Seorang ibu, kerjanya bukan sekadar dukung anak. Celik sahaja mata di pagi hari, fikirnya adalah untuk masak apa sebagai sarapan pagi itu. Memikirkan pula baju- baju yang perlu dibasuh, dijemur dan dilipat. Kejut anak- anak pula untuk ke sekolah. Bagi yang berkerjaya, perlu pula siapkan diri untuk ke tempat kerja. Handle pula dengan kesesakan jalan raya, kerja di pejabat dan macam- macam lagi. Pulang je, perlu pula untuk memasak makan malam. Perlu berdamping dengan suami lagi. Anak jerit nak itu nak ini. Bayi menangis nakkan susu. Abang kakak bergaduh rebut televisyen. Anak buat ke tak kerja sekolah. Anak dah pandai ke belum mengeja alif ba ta, surah an-nas dah dihafal ke belum. Dan di akhir malam, ibu terlena kepenatan.

Seorang isteri. Pendamping suami. Aku tak nafikan kebolehan memasak itu. Tapi cukupkah itu sahaja? Bagaimana pula hidup berkongsi dengan orang lain. Tersenyum puaskah anda bila dapat melihat suami selepas pulang dari kerja? Sependapatkah anda sama- sama bila hadapi masalah? Masih samakah cinta setelah bertahun- tahun dirikan rumah tangga? Dan tegarkah anda kalau anda seorang pengemas tapi suami, letak baju pun merata- rata?

Oh ya, akhir sekali cerita ini, walau penat sekalipun  kita dengan kerja kita, akhirna pasti tersenyum puas bila tengok orang tersayang. Bai!


Rabu, 21 Mac 2012

Budak marhaen II


Pagi- pagi aku tunggu bas. Naik bas pergi ke kelas. Dari seksyen 7 ke Fakulti Perakaunan. Pagi semalam memang pagi yang melelahkan. Turun 7.50 pagi. Enam bas lalu tapi tidak berhenti. Sadis kan? Alasan, bas penuh. Diangkutnya dahulu pelajar dari kawasan kejiranan yang bas lalu dulu itu. Bas ketujuh berhenti. Tapi sendat. Aku sendiri tak muat. Bas kelapan, aku masuk. Dapat tempat duduk. Dan aku sampai ke kelas, jarum jam hampir melangkah pada pukul 9. Walhal, kelas bermula jam 8.30 pagi. Awesome! -.-'

Oh ya, ada dua bas yang 'menguasai jalanan ke kampus' dari tempat aku. Bas RapidKL dan Rengit. Rapid, macam biasalah perkhidmatan swasta. Sentiasa ada. Bas Rengit, bas percuma. Tapi, jarang ada. Aku rasa RapidKL patut tambah bas mereka lah. Tahulah, anda tu monopoli di kawasan kami, boleh sentiasa dapat untung. Aku bayar RM1 tau tiap kali naik bas anda.Bayar duit tapi naik bas pun kurag selesa. Jadi sandwich. Himpit- himpit. Tapi, kalau buat kami selalu macam ni, perkara ni akan bagi kesan dalam jangka panjang. Bas lambat, kemudian rasa fed up dan kecewa, maka muncullah hasrat hati untuk bawa motosikal/ kereta pergi kuliah. Dan pada masa itu, bolehlah kita babai dekat bas awam kan?

Tapi disebabkan aku kini terbayang persoalan ini, "Memegang dunia atau dipegang dunia?", maka perlulah cari strategi lain. Lain pagi, kena turun jam 7.30- 7.40 pagi. Biar tak payah merungut dah. Bai!


Tolong rasa sakit ini, boleh?



Aku sedih, sakit dan jiwaku serabut. Mungkin aku tak perlu terlalu memikirkan pada sesuatu isu dan tuliskan kesimpulan yang bukan- bukan. Yelah, kita kan bukan boleh baca hati orang. Tak pasal- pasal nanti timbul rasa benci. Nanti Tuhan marah.

Tak apalah, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita kan :')

Sabtu, 17 Mac 2012

Ami II

Kadang- kadang dalam bersahabat pun ada ujiannya. Awak tak boleh ke sabar sikit dan minta doa banyak- banyak pada Tuhan? Biar rahmat berlegar- legar dalam persahabatan kamu itu. Kan?

Ami, saya ingin sayang awak sebanyak- banyaknya :)

Rabu, 14 Mac 2012

Rawak sekian kali

Sayangnya

bila tahu tapi tak mengerti

Selasa, 13 Mac 2012

Surat kepada sang adik

Adik, sebenarnya risau sungguh aku kepadamu. Entri- entri di blogmu membuat aku sekali lagi pulang ke zaman lampau. Era yang tidak dibangga- banggakan tapi punya banyak sekali ajaran daripada pengalaman. Sudah- sudahlah hanyut dalam cinta yang aku tak nampak mana molek dan cantiknya ukiran sayang antara kamu. Apakah gaduh- gaduh, marah- marah, tengking- tengking itu bisa buat kamu tenang? Apa menangis itu perlu sekali menjadi rutin harian kamu? Umur empatbelas tahun itu cukup muda sayang. Cukup muda.

Maafkan akak, aku cuma berharap anda berdua putus pada kemudian hari dengan cara baik ( agar hatimu tidak makin sakit). Dan kau dapat jalani hidup dengan lebih bebas dan bahagia. Jika ada jodoh, moga berjumpa lagi dengan si dia :)
Semalam emak tanya dalam telefon, "Dah pandai masak ke?"

Ahad, 11 Mac 2012

Budak marhaen

Dahulu pergi mana- mana ada orang hantarkan. Sekarang berhimpit- himpitan, ditolak- tolaknya badan kurus ini dalam pengangkutan awam. Dahulu bersenang- lenang di rumah sendiri, atau sekurang- kurangnya di kolej, kini berpanjat- panjatan ke rumah sewa. 

Sudah perlu berdikari. 

Selamat menjadi budak marhaen amilah. Perlu lagikah kamu dimanja- manja pada usia dua dekad ini?