Isnin, 9 Januari 2012

Mereka semua mahu ubah Malaysia, katanya

Arakiannya, budak perempuan ini seperti tidak tahu apa- apa. Sekarang semua perjuangkan hak masing- masing. Semua mahu bincang tentang politik. Mahu kata politikus ini korup, yang ini tak mahu ikut syariat Islam dan ada yang sokong pergi demonstrasi. Budak perempuan ini masih lagi tak tahu apa- apa dan cuma baca luaran berita yang disebar- sebarkan dalam news feed facebooknya sahaja. 

Terima kasih google! Akhirnya dia tahu lah sedikit sebanyak apa yang jadi di tanah tumpah darahnya hari ini. Kalau anda tertanya- tanya apa yang dia buat sebenarnya sehari- harian, kerjanya hanya kelas, belajar sebab nak periksa dah (niat sudah lari daripada timba ilmu kerana Allah!), makan. Dan tidur serta merungut sebab asyik bersauna dalam bilik. Mungkin dia ingat Shah Alam ini sesejuk di Gambang kot. Dan dia teruja bila pergi kedai buku. Dan dia lebih teruja baca isu- isu sosial daripada hal politik. Kononnya. 

Cuma bila satu hari dia diwajibkan pergi ceramah patriotisme. Pada bahagian pertama, dia rasa gelisah, dia rasa sakit hati. Dia seperi mahu berbuat perkara lain tapi distracted dengan penceramah itu. Mahu pasang mp3 tapi earphone pun hilang. Penceramah itu berkelulusan tinggi. Seorang professional. Pengajar mahasiswa. Tapi berkata- kata seperti tidak kenal diversiti di Malaysia.

Dihinanya penceramah itu akan bangsa yang kononya penumpang di Malaysia. Dikatanya mereka ini kurang ajar kepada bangsa majoriti di Malaysia. Dikatanya mereka ini cuma pendatang di Malaysia ini. Kalau begitu, bagaimana dengan generasi Baba Nyonya yang usianya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka? Bagaimana pula dengan generasi baru yang lahir di Malaysia. Diorang pun tak pernah jejak tanah asal moyang mereka. Mereka sendiri katakan yang Malaysia ini negara mereka. Bagaimana mahu dinafikan hak- hak mereka?

Mungkin penceramah itu kurang bergaul dengan bangsa- bangsa lain. Budak perempuan  yang pernah rapat dengan manusia yang luhur hatinya, berkawan melepasi sempadan bangsa/ kaum itu sakit hati dengar ceramah itu. Mujur bahagian 2 dalam ceramah patriotisme, dia sudah beralih kepada isu sosial, kekeluargaan dan persahbatan. Terima kasih kerana tidak memanjangkan isu sakit hati kepada budak perempuan ini. 

Kalau betul nak ubah dunia, ubah Malaysia, tolong ubah pemikiran kita setiap seorang, yang kita tak sepatutnya bersangka buruk terhadap orang lain. Tolong.